Apple Mengambil-Alih Syarikat Yang Membangunkan Kaca-Mata AR Dan Realiti-Maya

Apple Mengambil-Alih Syarikat Yang Membangunkan Kaca-Mata AR Dan Realiti-Maya

Diterbitkan pada June 27, 2017 oleh .

Apple sebelum ini sedia berkongsi perancangan mereka dalam arena AR secara kasar pada WWDC yang lepas – sekaligus mengalakkan lebih ramai pembangun membangunkan aplikasi dengan sokongan AR. Kini, bergerak kehadapan, Apple juga turut menambah portfolio dan kepakaran mereka dengan mengambil-alih salah satu syarikat yang membangunkan platform dan kaca mata AR dan realiti-maya, iaitu SensoMotoric Instruments.

Melalui kaca mata yang dibangunkan oleh SensoMotoric Instruments sebelum ini, mereka mampu merakamkan gerakan serta mengenal-pasti pandangan pengguna pada kadar 120Hz. Dengan teknologi pengecaman gerakan pandangan pengguna, ia mampu menjadikan penggunaan realiti-maya dan AR tidak begitu memeningkan pengguna.

Apple tidak mengumumkan berapakah harga yang mereka bayar untuk syarikat Jerman ini. Dengan pengambil-alihan ini, Apple boleh menambah lebih kepakaran dalam arena AR ini, apatah lagi Apple sedia dikatakan bakal hadir dengan kaca mata AR mereka tersendiri.


TIPS & ULASAN