Volvo Dan NVIDIA Bekerjasama Untuk Teknologi Swapandu

Volvo Dan NVIDIA Bekerjasama Untuk Teknologi Swapandu

Diterbitkan pada June 27, 2017 oleh .

NVIDIA sebelum ini sedia memperlihatkan teknologi dan sokongan swapandu melalui platform mereka, disamping mengumumkan platform Drive PX untuk tujuan berkenaan. Terkini, Volvo mengumumkan mereka akan menggunakan teknologi berkenaan dalam inisiatif membawa kenderaan swapandu mereka diatas jalan raya menjelang 2021 kelak.

Dengan kerjasama bersama NVIDIA, Volvo akan menggunakan teknologi dan kuasa pemprosesan melalui Drive PX untuk menganalisa dan membuat pelbagai pemprosesan dalam bentuk masa nyata. Sebelum ini, NVIDIA sedia mengatakan yang mana Drive PX mampu menangalisa lebih 12 video pada tempoh waktu sama – sekaligus memastikan tiada masalah dihadapi atas jalan raya, disamping kenderaan boleh mengelak sebarang halangan dalam bentuk masa-nyata.

Pada masa yang sama juga, Volvo dan Autoliv akan bekerjasama dalam membangunkan perisian disebaliknya dibawah syarikat yang dinamakan Zenuity, dimana mereka akan turut membuka perisian berkenaan untuk digunakan oleh pengeluar kenderaan yang lain.

Dengan perkembangan sihat dalam arena kenderaan swapandu ini, tidak mustahil kita melihat ia diatas jalan raya menjelang 2020-an kelak.


TIPS & ULASAN