Cari @ Amanz

Microsoft telah mengumumkan kemaskini kepada Skype sebelum ini, dimana ia turut hadir dengan perkongsian gambar dan video yang hilang selepas suatu tempoh masa dinamakan Highlights.

Selepas mengumumkan ia beberapa minggu lepas, kini aplikasi Skype yang serba baru ini sudah boleh dimuat-turun oleh pengguna iPhone seluruh dunia.

Skype Highlights

Skype 8.1 ini juga turut menawarkan reaksi dalam panggilan dan permesejan – dimana anda boleh menambah emoji atau GIF ketika dalam panggilan atau ketika sedang chat dalam bentuk teks.

Disamping itu, seperti dikatakan pada awalnya, ciri Highlights juga kini diperkenalkan bagi membolehkan anda berkongsi kemaskini harian anda bersama rakan-rakan lain dalam bentuk gambar atau video yang akan hilang selepas 7 hari.

Bagi anda yang menggunakan Skype pada iPhone, boleh memuat-turun aplikasi ini hari ini dan mula menggunakannya dalam berkomunikasi antara satu sama lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd