Cari @ Amanz

Sehingga kini, Uber hanya menyokong kebolehan untuk anda membuat tempahan pengangkutan ke sesuatu destinasi, dimana anda akan menaiki bersama melaluinya. Kini, dalam memudahkan anda membuat tempahan untuk ahli keluarga lain, hari ini Uber mengumumkan ciri untuk membolehkan anda membuat tempahan pengangkutan bagi pengguna yang lain.

Melalui aplikasi Uber, anda kini boleh nyatakan siapa yang akan menaikinya – dan pengguna berkenaan turut akan menerima notifikasi berkaitan sesuatu perjalanan berkenaan.

Uber

Daripada demo yang diperlihatkan, pengguna boleh memilih lokasi untuk mengambil dan lokasi dituju, seterusnya memilih siapa yang akan menaikinya daripada buku alamat telefon anda. Seterusnya anda akan boleh membuat tempahan dan boleh melihat siapakah pemandu yang akan mengambil dan menghantar.

Ciri ini telah mula diperkenalkan di lebih 30 buah negara bermula hari ini, dan Uber akan memperluaskannya ke negara-negara lain. Daripada percubaan kami melalui aplikasi Uber, ia dilihat masih tidak aktif lagi untuk kami buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd