Cari @ Amanz

Samsung Galaxy Note 7 merupakan salah satu titik hitam dalam sejarah peranti. Dengan kuantiti yang telah dikeluarkan, Samsung telah dilaporkan akan mengitar semula peranti berkenaan, dan menggantikan beberapa komponen sebelum dipasarkan dibawah jenama baru.

Kini, menurut WSJ, Samsung dijangka akan menawarkan Galaxy Note 7FE (Fandom Edition) bermula dari Korea Selatan pada 7 Julai 2017 ini kelak.

Samsung Galaxy note 7

Ia dikatakan sebelum ini yang mana sebanyak sekitar 2-3 juta peranti Galaxy Note 7 telah ditarik balik sejak penghujung tahun lepas. Ia sebelum ini ditarik kembali kerana masalah bateri yang dikatakan mudah menjadi panas dan terbakar. Samsung melalui Galaxy Note 7E ini dilihat akan menggantikan bateri serta beberapa komponen sebelum memasarkan ia kepada umum.

Buat masa ini, ia hanya dilihat akan ditawarkan di pasaran Korea Selatan sahaja. Tetapi, tidak mustahil kita turut melihat peranti berkenaan ditawarkan di sejumlah negara yang lain.

Dengan ulasan baik yang diterima untuk Galaxy Note 7 sebelum ini, tidak mustahil Galaxy Note 7E turut menerima permintaan tinggi daripada para peminat siri Galaxy Note.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd