Vimeo Membatalkan Pelan Perkhidmatan Langganan Video

Vimeo Membatalkan Pelan Perkhidmatan Langganan Video

Diterbitkan pada June 28, 2017 oleh .

Tahun 2016 ialah tahun perkhidmatan langganan video meletus serata dunia. Di Malaysia Iflix. Netflix dan Dimsum dilancarkan dengan kandungan tersendiri. Vimeo turut mempunyai perancangan melancarkan perkhidmatan langganan video mereka dengan kandungan eksklusif pada tahun 2018. Tetapi nampaknya ia baru sahaja dibatalkan.

Menurut laporan Hollywood Reporter, Vimeo membatalkan rancangan ini dan sebaliknya akan menumpukan usaha mendapatkan kandungan yang terbaik dari 750,000 pengguna mereka. Tiada sebab rasmi diberikan mengapa perkhidmatan yang ingin bersaing dengan YouTube Red dan Netflix ini dibatalkan buat masa ini.


TIPS & ULASAN