Teaser Assassin’s Creed Rebellion Diperlihatkan – Permua Seakan Fallout Shelter

Diterbitkan pada Jun 28, 2017. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Di E3 2017, Asssassin’s Creed Origins adalah antara permainan yang mendapat liputan meluas. Siri AC yang sudah setahun menghilang kini berubah angin ke Mesir dengan beberapa fungsi baru yang tidak dilihat sebelum ini. Ubisoft turut mempunyai perancangan untuk Assassin’s Creed pada peranti mudah alih dengan melancarkan teaser untuk Assassin’s Creed Rebellion.

Permua ini akan memaparkan watak-watak utama dari kesemua siri AC seperti Ezio dan Aguilar. Di dalam teaser pendek di atas, ia kelihatan seperti permua Fallout Shelter. Tarikh pelancaran Rebellion masih belum diumumkan tetapi akan boleh dimainkan pada telefon pintar dan juga tablet.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami