Cari @ Amanz

Jenaka yang kerap kami didengari ialah telefon pintar adalah lebih pintar dari penggunanya. Ini adalah sebab mengapa banyak berita tular yang menunjukkan manusia melakukan aksi bodoh ketika menggunakan telefon pintar mereka. Terdapat banyak berita pengguna menemui ajal ketika mengambil selfie misalnya.

TelefonKajian terkini dari University of Texas mengesahkan terdapat kaitan di antara penggunaan telefon pintar dan kesannya terhadap kemampuan otak berfikir.  Sebanyak 800 pemilik telefon pintar diminta melakukan beberapa tugasan pada sebuah komputer. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan dibenarkan meletakkan peranti berhampiran mereka. Satu lagi kumpulan diarahkan meletakkan peranti di bilik berasingan.

Kumpulan yang tidak mempunyai peranti berhampiran didapati melakukan tugasan dengan lebih baik. Ini adalah kerana kuasa otak pengguna akan sentiasa cuba memeriksa peranti yang dapat dilihat di hadapan mata. Penggunaan kuasa otak ini sedikit sebanyak mengurangkan kemampuan kognitif mereka bagi melakukan tugasan.

Oleh itu sekiranya anda mahu melakukan tugasan atau kerja dengan lebih optimum, anda dinasihatkan supaya meletakkan peranti pintar sejauh yang mungkin.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd