Qualcomm Menghasilkan Pengimbas Cap Jari Terbina Pada Skrin Yang Boleh Mengesan Nadi

Qualcomm Menghasilkan Pengimbas Cap Jari Terbina Pada Skrin Yang Boleh Mengesan Nadi

Diterbitkan pada June 28, 2017 oleh .

Pengimbas cap jari pada skrin ialah fungsi yang dimahukan pengguna sejak bertahun lamanya. Ia akan pertama kali diperlihatkan pada peranti Vivo XPlay 6 yang di MWC Shanghai minggu ini. Di Acara yang sama hari ini, Qualcomm Fingerprint Sensors diumumkan dan adalah pengimbas cap jari terbina pada skrin yang turut mempunyai kemampuan mengesan nadi dan aliran darah.

Terdapat tiga versi pengimbas cap jari terbina dihasilkan oleh Qualcomm. Untuk peranti utama ia boleh digunakan pada panel OLED dengan ketebalan sehingga 1200 μm. Sebuah lagi pengimbas dihasilkan untuk panel belakang dengan ketebalan kaca sehingga 800 μm dan aluminium dengan ketebalan 500 μm. Akhir sekali ialah pengimbas untuk peranti kelas pertengahan dan permulaan yang boleh digunakan pada panel skrin dengan ketebalan maksimum 800 μm.

Kesemua pengimbas cap jari terbina pada skrin ini menggunakan sistem ultrasonik. Kelebihan sistem ultrasonik ialah ia boleh digunakan walaupun ketika di dalam air. Pemproses keluarga Snapdragon 660 dan 630. Ia kemudian akan disokong oleh pemproses Snapdragon siri 800, 600, 400 dan 200.

Peranti Vivo XPlay 6 yang diubahsuai akan menjadi peranti prototaip yang boleh diuji oleh pengunjung di MWC Shanghai. Berita buruk di sini ialah Qualcomm Fingerprint Sensors terbina pada skrin hanya akan mula digunakan secara komersial pada musim panas 2018.


TIPS & ULASAN