Pemproses Snapdragon 450 Diumumkan – Teknologi FinFET 14nm Dan Bateri Lebih Tahan Lama

Pemproses Snapdragon 450 Diumumkan – Teknologi FinFET 14nm Dan Bateri Lebih Tahan Lama

Diterbitkan pada June 28, 2017 oleh .

Sebuah lagi pemproses Snapdragon siri 400 dihasilkan oleh Qualcomm. Snapdragon 450 ialah yang pertama di dalam siri ni yang menggunakan proses FinFET 14 nm dan sokongan dwi kamera. Lapan teras Cortex A53 digunakan berserta cip grafik Adreno 506. Ini memberikan peningkatan memproses dan grafik permua sebanyak 25% berbanding Snapdragon 435.

Snapdragon 450 turut menyokong dwi-kamera 13+13 Megapixel atau satu sensor 21-Megapixel. Penggunaan proses FinFET 14 nm mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 30% dan meningkatkan kelatahan bateri sehingga empat jam berbanding Snapdragon 435. Ia turut menyertakan sokongan pengecasan pantas QuickCharge 3.0 serta moden X9 LTE. Pemproses ini dijangka akan mula digunakan pada peranti pada suku ke-empat 2017.


TIPS & ULASAN