Asus Zenfone AR Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 4 Julai Ini

Asus Zenfone AR Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 4 Julai Ini

Diterbitkan pada June 28, 2017 oleh .

Pertengahan tahun pertama bakal berakhir dalam beberapa hari sahaja lagi dan menjadi kebiasaan lebih banyak peranti-peranti baru akan diperkenalkan pada pertengahan tahun kedua. Asus menjadi yang terawal dan mengesahkan bakal hadir dengan Asus Zenfone AR pada 4 Julai ini.

Asus Zenfone AR merupakan peranti terkini dari Asus yang dibangunkan dengan integrasi project Tango, dimana ia dibangunkan untuk tujuan realiti gabungan (Augmented Reality). Teknologi lain yang turut tersedia padanya adalah Google Daydream untuk realiti-maya.

Antara spesifikasi lain pada peranti ini termasuklah cip Snapdragon 821 yang menguasakannya, RAM sehingga 8GB, paparan skrin bersaiz 5.7-inci serta kapasiti storan sehingga 256GB. Harganya bakal diumumkan pada 4 Julai ini.


TIPS & ULASAN