Alibaba Mempertingkatkan Pelaburan Pada Lazada

Alibaba Mempertingkatkan Pelaburan Pada Lazada

Diterbitkan pada June 28, 2017 oleh .

Alibaba nampaknya terus mempertingkatkan fokus mereka terhadap pasaran Asia Tenggara. Selepas membuat pelaburan dan mengambil pegangan majoriti pada Lazada pada 2016 yang lepas, hari ini, Alibaba membelanjakan sekitar $1 bilion lagi untuk mempertingkatkan pegangan mereka dalam syarikat e-dagang berkenaan.

Melalui pelaburan baru ini, Alibaba dikatakan mempunyai pegangan sekitar 83% pada Lazada. Ia juga meletakkan nilai syarikat Lazada sekitar $3.15 bilion buat masa ini.

Lazada telah dimulakan pada 2012 yang lepas, dan ia beroperasi sekitar enam buah negara di rantau Asia Tenggara. Di Malaysia sendiri, Lazada mempunyai pelaburan yang tinggi, termasuk memfokuskan kepada penghantaran pantas, selain baru-baru ini memperkenalkan penawaran barangan dari penjual di China melalui platform mereka.

Dengan pelaburan baru ini, tidak mustahil kita melihat Lazada terus berkembang pesat dan hadir dengan sejumlah ciri-ciri baru untuk penghantaran dan penjualan barangan yang lebih inovatif berbanding kebiasaan.


TIPS & ULASAN