Cari @ Amanz

Xiaomi sedia mempunyai sejumlah peranti berhubung dibawah Mi Ecosystem. Terkini, hari ini Xiaomi turut mengumumkan sebuah peranti baru dalam arena penjagaan kesihatan, iaitu sebuah berus gigi pintar dinamakan Mi Ultrasonic Toothbrush.

Ini merupakan peranti berhubung pertama daripada Xiaomi dalam arena penjagaan kesihatan peribadi, dan tidak mustahil kita melihat lebih banyak penawaran dalam arena sama pada masa akan datang.

Mi Ultrasonic Toothbrush

Mi Ultrasonic Toothbrush

Xiaomi mengatakan berus gigi ini hadir dengan teknologi ultrasonik, dimana ia menggunakan getaran lebih 31,000 kali seminit untuk menawarkan pembersihan gigi yang baik. Berus gigi ini hadir dengan bateri berkapasiti 700mAh yang mampu bertahan selama 18 hari, dan boleh dcaj dengan mudah. MI Ultrasonic Toothbrush ini turut hadir dengan sokongan aplikasi khusus untuk melihat kaedah penggunaan dan data-data berkaitan.

Xiaomi akan menjualnya di China bermula 18 Julai ini pada harga RMB199 iaitu sekitar RM125.

Mi Ultrasonic Toothbrush

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd