Vivo Memperlihatkan Peranti Konsep Dengan Pengimbas Cap Jari Disebalik Skrin

Vivo Memperlihatkan Peranti Konsep Dengan Pengimbas Cap Jari Disebalik Skrin

Diterbitkan pada June 28, 2017 oleh .

Qualcomm hari ini telah mengumumkan teknologi pengimbas cap jari yang hadir terbina pada skrin. Turut tidak ketinggalan sama adalah pengeluar telefon pintar dari China, Vivo dalam memperlihatkan peranti konsep mereka dengan menggunakan pengimbas cap jari disebalik skrin.

Vivo Under Display

Vivo menamakan teknologi mereka ini sebagai Vivo Under Display, dan ia berasaskan kepada teknologi pengimbas cap jari Qualcomm. Ia menggunakan kelebihan gelombang ultrasonic dalam mengimbas cap jari, sekaligus membolehkan ia diimplementasikan disebalik skrin. Gelombang ultrasonic ini akan merakamkan cap jari dan membolehkan ia digunakan untuk mengakses peranti – termasuk digunakan walaupun dalam keadaan jari basah.

Penggunaan cap jari disebalik skrin juga akan membolehkan rekaan peranti dengan bingkai sangat nipis dapat dicapai – selain rekaan-rekaan baru peranti yang lebih menarik.

Vivo tidak mengumumkan bilakah peranti menggunakan teknologi ini akan hadir daripada mereka.


TIPS & ULASAN