Berikan Hadiah Raya Menarik Seperti Kredit Steam, Baucar Lazada, Zalora Dan Banyak Lagi Menerusi Aplikasi Boost

Berikan Hadiah Raya Menarik Seperti Kredit Steam, Baucar Lazada, Zalora Dan Banyak Lagi Menerusi Aplikasi Boost

Diterbitkan pada June 30, 2017 oleh .

Beberapa bulan yang lalu kami ada menulis berkenaan aplikasi Boost. Aplikasi ini bukan sahaja memudahkan proses tambah nilai dan memberikan anda penjimatan sehingga 60%, malah turut memberikan ganjaran ketika anda menambah-nilai talian prabayar anda.

Jika dahulu anda juga boleh berkongsi ganjaran dan tambah nilai dengan rakan-rakan, kini anda boleh nikmati fungsi baru sempena Hari Raya ini.

Baca: Aplikasi Boost – Cara Tambah Nilai Yang Lebih Mudah, Cepat & Penuh Ganjaran 

Dengan kemaskini terbaru aplikasi ini anda boleh menghantar lebih banyak hadiah, termasuklah dari jenama popular seperti Lazada, Zalora, Steam, 11street, Fave, Boost Juice dan juga Tealive. Bukan setakat itu, anda juga boleh memberikan hadiah kredit permainan Asphalt Credits, baucar makanan myBurgerLab, dan juga tiket wayang MBO Cinemas dimana anda hanya berbelanja RM 8 untuk mendapatkan baucar bernilai RM 10 yang boleh digunakan sewaktu membeli tiket wayang tersebut. Sehingga 60% diskaun tersedia untuk semua jenama popular ini.

Selepas anda membelinya, hadiah tersebut boleh anda hantarkan kepada rakan anda dan mereka akan menerima notifikasi sekiranya mereka mempunyai aplikasi Boost. Bagi rakan anda yang tidak memuat-turun aplikasi tersebut, mereka akan menerima SMS untuk proses seterusnya. Anda juga boleh memilih kad ucapan serta meletakkan ucapan untuk penerima.

Anda juga boleh membeli kupon dan hadiah-hadiah tersebut untuk kegunaan sendiri, dan ini semestinya menjimatkan perbelanjaan anda. Jika anda inginkan secawan Tealive, anda hanya perlu membayar RM 5 untuk kupon RM 6.50 sekaligus menjimatkan anda RM 1.50.

Untuk masa terhad, setiap tambah nilai yang dilakukan akan menerima rebat tunai 10% dan akan berakhir pada 31 Julai 2017. Buat masa ini aplikasi ini hanya tersedia untuk pengguna Android dan ia bakal hadir untuk pengguna iOS.

Muat-turun: Aplikasi Boost (Android)

Penafian: Advertorial dari Boost


TIPS & ULASAN