Cari @ Amanz

Samsung menggunakan nama Exynos sebagai jenama cip pemprosesan mereka, dan kini untuk sensor pengimejan, gergasi Korea Selatan berkenaan akan menggunakan nama ISOCELL sebagai jenamanya. Jenama ini hadir berasaskan teknologi disebaliknya sendiri yang dipanggil ISOCELL oleh Samsung sejak 2013 yang lepas.

Dengan pengenalan jenama baru ini, Samsung turut mengumumkan empat sub-jenama dibawahnya, iaitu ISOCELL Bright yang memfokuskan kepada penawaran gambar yang lebih jitu warnanya pada keadaan cahaya rendah, ISOCELL Fast yang memfokuskan kepada sensor dengan keupayaan autofokus pantas walaupun pada keadaan gelap, ISOCELL Slim yang menawarkan sensor pada saiz piksel kecil dipasaran, dan akhir sekali ISOCELL Dual yang memfokuskan kepada sensor dwi-kamera.

Pengenalan ini juga akan memudahkan proses pemasaran penggunaan kamera dan teknologi terkini pada peranti mereka dengan lebih mudah. Pada masa yang sama, dengan pengumuman ISOCELL Dual, ia secara tidak langsung turut memberikan petanda yang mana berkemungkinan Galaxy Note 8 akan hadir dengan sensor pengimejan terbaru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd