Rancangan Siri-TV Permainan Candy Crush Akan Disiar Di Amerika Syarikat Bermula Julai

Rancangan Siri-TV Permainan Candy Crush Akan Disiar Di Amerika Syarikat Bermula Julai

Diterbitkan pada June 29, 2017 oleh .

Candy Crush merupakan salah satu permua (permainan mudah-alih) popular yang dimainkan ramai – dimana mereka perlu padankan warna setiap gula-gula dan mara ke peringkat seterusnya. Dengan populariti Candy Crush, kini ia turut diubah dan dijadikan sebagai sebuah siri-TV berbentuk permainan.

Melalui siri-TV ini, peserta perlu bersaing dengan lain untuk memadankan warna gula-gula pada skrin bersaiz besar, selain beberapa perkara lain yang turut disediakan melaluinya. Skrin sentuh yang digunakan pada siri-TV ini sangat besar, sehingga ia telah mendapatkan anugerah rekod dunia Guinness sebagai skrin sentuh terbesar di dunia.

Ia menggunakan gabungan panel bersaiz 55-inci yang membentuk skrin gergasi pada ketinggian 30-kaki, dan kelebaran 20-kaki.

Siri-TV ini akan disiarkan di Amerika Syarikat bermula daripada bulan Julai ini.


TIPS & ULASAN