Cari @ Amanz

Google hari ini telah mula memperkenalkan dua ciri baru yang diumumkan mereka pada acara Google I/O yang lepas, iaitu fungsi Suggested Sharing dan juga Shared Libraries. Kedua-dua fungsi ini telah mula diperkenalkan secara berperingkat kepada semua di web, dan juga pada aplikasi Android dan iOS.

Suggested Sharing dan juga Shared Libraries menggunakan kelebihan pembelajaran mesin daripada Google dalam memudahkan perkongsian gambar yang dirakamkan dengan rakan-rakan atau ahli keluarga.

Google Photos

Google Photos

Untuk Suggested Sharing, ia akan diperlihatkan pada tab khusus dinamakan Sharing – dimana ia akan menggunakan data perkongsian anda sebelum ini untuk mempelajari siapakah yang terkandung dalam sesuatu gambar, dan seterusnya mencadangkan kepada anda supaya berkongsi gambar berkenaan bersama mereka.

Shared Libraries pula merupakan perkongsian automatik bersama pengguna lain – sebagai contoh bersama isteri anda. Melaluinya, anda boleh memilih apakah jenis gambar yang anda ingin berkongsi, dan ia akan secara automatik dikongsikan bersama mereka yang ditetapkan dari masa ke semasa secara automatik.

Google Photos

Sebagai contoh, anda boleh memilih untuk berkongsi gambar anak anda bersama isteri – dan melalui pembelajaran mesin, Google Photos hanya akan mengecam wajah anak anda dalam sesuatu gambar dan memilih untuk berkongsi bersama isteri anda, sementara gambar lain tidak dikongsikan. Semua ini dilakukan secara automatik, tanpa anda perlu membuat perkongsian setiap kali anda merakamkan gambar anak anda.

Kedua-dua fungsi baru ini sedang diperkenalkan secara berperingkat, dan anda mungkin akan dapat melihatnya pada Google Photos anda dalam beberapa hari lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd