Carian
Pengguna OnePlus 5 Melaporkan Masalah Paparan Ketika Melakukan Tatalan
June 29, 2017 Effi Saharudin

Dengan slogan “Never Settle”, OnePlus mengingatkan pengguna supaya tidak mudah berpuas hati dengan apa yang ditawarkan oleh pengeluar peranti lain. Oleh itu apabila masalah ditemui pada peranti keluaran mereka, pengguna OnePlus menjadi lebih vokal dalam menyuarakan ketidakpuasan di media sosial

Selepas masalah kamera diselesaikan secara OTA minggu lalu, sebuah lagi masalah perlu diselesaikan oleh OnePlus. Terkini pemilik OnePlus 5 menemui masalah paparan skrin yang kelihatan memanjang apabila tatalan dilakukan dengan pantas. Kesan yang agak aneh ini dipercayai mempunyai kaitan dengan VSync yang tidak diaktifkan setiap masa pada peranti. Pihak OnePlus sudah dimaklumkan mengenai masalah ini dan sedang mencari jalan penyelesaian.

Komen