Cari @ Amanz

Canon telah memperkenalkan kamera bingkai penuh mereka Canon 6D pada tahun 2012 yang lepas. Kini, selang sekitar 5 tahun, pengeluar kamera terkemuka berkenaan hari ini memperkenalkan kemaskini untuknya dengan memperkenalkan Canon EOS 6D Mark II.

Model baru kamera ini menyertakan sejumlah ciri-ciri baru melaluinya, termasuk penambah-baikkan yang tinggi berbanding model sebelum ini.

Canon EOS 6D Mark II

Canon EOS 6D Mark II hadir dengan sensor CMOS 26.2-megapixel, dan dilengkapkan dengan pemprosesan pengimejan Digic 7. Disamping itu, kini dengan sistem 45 titik, ia mampu memfokuskan kepada gambar dengan lebih pantas berbanding sebelum ini. Canon mengatakan ia mampu merakamkan gambar berterusan pada kelajuan 6.5fps.

Melengkapkan kamera ini juga adalah integrasi panel LCD bersaiz 3-inci dengan sokongan skrin sentuh, selain turut hadir diintegrasikan dengan WiFi, NFC, Bluetooth dan juga sokongan GPS. Canon 6D Mark II ini juga boleh digunakan pada pelbagai keadaan cahaya, apatah lagi ia dilengkapi dengan sokongan kalis air dan debu.

Dari segi kekurangan pula, Canon EOS 6D Mark II ini hadir dengan sokongan rakaman video 60fps pada resolusi 1080p sahaja, dan tiada sokongan rakaman 4K. Perkara ini mungkin akan mengekang beberapa pembeli kerana mungkin ingin menggunakan kamera untuk tempoh masa panjang, dan inginkan sokongan 4K walaupun pada hari ini ia masih tidak begitu digunakan meluas.

Canon EOS 6D Mark II akan dipasarkan di Amerika Syarikat bermula bulan Julai 2017 ini pada harga bermula $1999 iaitu sekitar RM8584.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd