Cari @ Amanz

NEM Foundation merupakan sebuah perbadanan kriptowang yang hadir dengan platform rantaian blok (blockchain) NEM yang mempunyai matawang kripto XEM yang merupakan matawang kripto yang keenam paling berharga di dalam dunia, dengan modal pasaran setinggi $1.5 bilion (RM 6.4 bilion).

Pusat rantai blok ini akan digunakan sebagai sebuah pusat penyelidikan untuk matawang kripto dan juga pusat bantuan untuk syarikat-syarikat yang mahu menggunakan rantaian blok NEM untuk perniagaan mereka. Selain dari itu, bangunan bersaiz 10,000 kaki persegi ini juga akan menjadi rumah kepada pusat komuniti dan juga ruang perkongsian untuk syarikat-syarikat startup di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, NEM Foundation juga dikatakan bakal berusaha-sama dengan Blockchain Global, salah sebuah syarikat pertukaran kriptowang yang terbesar di Australia. Perkongsian ini akan memperbesarkan lagi capaian NEM Foundation, disamping mempercepatkan kadar penyelidikan rantaian blok dan pembukaan pusat rantaian blok di sekitar rantau Asia Tenggara.

NEM Foundation juga akan melaburkan wang sebanyak $40 juta (RM 171 juta) untuk mengembangkan perniagaan mereka, dan $5 juta (RM 21 juta) untuk syarikat-syarikat rantaian blok yang akan membuka pejabat di pusat NEM Foundation tersebut. Menurut mereka lagi, pusat tersebut dikatakan akan dibuka di kawasan KL Internet City pada bulan Ogos 2017 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd