Cip MediaTek MT2625 Dilancarkan Untuk Peranti Berhubung

Cip MediaTek MT2625 Dilancarkan Untuk Peranti Berhubung

Diterbitkan pada June 30, 2017 oleh .

Pemintaran setiap objek di rumah sedang dilakukan dengan giatnya oleh ramai pengeluar. Google dan Apple kedua-duanya mempunyai kit yang membolehkan kesemua perkakasan elektrik dikawal menerusi peranti pintar. Bagi menjadikan fiksyen sebagai realiti, perkakasan elektrik perlu mempunyai cip pemproses peranti berhubungnya tersendiri.

MediaTek MT2625 yang menggunakan pemproses Cortex-M ialah SOC yang direka khas untuk peranti berhubung. Ia adalah cip terkecil keluaran mereka dengan saiz fizikal 16×18 mm dan kelajuan 104 MHz. Ia bukanlah terpantas tetapi ini disengajakan bagi membolehkan bateri bertahan bertahun lamanya sebelum perlu diganti.

Mereka turut mengumumkan kerjasama dengan China Mobile bagi menghasilkan modul peranti berhubung lengkap dengan e-SIM bagi kegunaan di China.


TIPS & ULASAN