Robot Jengkaut Dwi-Penyodok Dibangunkan Untuk Bantuan Ketika Bencana Alam

Robot Jengkaut Dwi-Penyodok Dibangunkan Untuk Bantuan Ketika Bencana Alam

Diterbitkan pada June 30, 2017 oleh .

Penggunaan robot di dalam industri perkilangan sudah mencecah hampir empat dekad. Dengan kemajuan teknologi, lebih 5 Juta pekerja manusia akan kehilangan kerja di dalam industri ini kerana automasi. Tetapi tidak semua kemajuan robotik membawa kesan negatif kepada manusia. Di Jepun robot jengkaut dwi-penyodok telah dibagunkan oleh Universiti Osaka.

Robot ini direka khas untuk kegunaan selepas bencana alam. Pasca Gempa Tohoku 2011, terdapat kawasan yang tidak boleh diakses manusia kerana bahaya radiasi. Teknologi robotik pada waktu tersebut tidak cukup maju untuk memudahkan operasi menyelamat. Dengan robot seperti ini manusia tidak perlu meletakkan diri dalam bahaya.

Dua penyodok digunakan supaya ia beroperasi seperti tangan manusia untuk membuang puing ketika kerja mengorek. Dua “tangan” ini turut membolehkan jentolak robotik ini bergerak melepasi halangan.Hujung jengkaut boleh berubah menjadi penyodok atau penyepit. Sistem timbal balas haptik membolehkan operator “merasa” apa yang dipegang.

Sistem kamera dan dron udara digunakan secara beriringan untuk memberikan pandangan kepada operator manusia. Mobile Suit Gundam mungkin masih belum menjadi realiti, tetapi robot seperti ini akan menjadi leluhur kepadanya di masa hadapan.

 


TIPS & ULASAN