Carian
Empat Perisian Ini Membantu Anda Mendapatkan Kembali Fail Yang Telah Dipadam
June 30, 2017 Aman

Salah satu perkara yang paling dibenci ramai adalah dimana apabila anda terpadam sesuatu fail atau dokumen pada komputer secara tidak sengaja, dan ingin mendapatkannya kembali. Kebarangkalian untuk mendapatkannya kembali adalah rendah, tetapi terdapat beberapa perisian yang membolehkan anda mendapatkannya kembali.

Mungkin ramai yang bertanyakan bagaimana perkara ini boleh dijayakan. Kebiasaan, apabila anda memadam sesuatu fail atau dokumen pada komputer, ia hanya memadam fail berkenaan daripada dipaparkan dan melabelkan ruangan berkenaan supaya bebas untuk digunakan bagi simpanan data. Ini secara tidak langsung membuatkan fail berkenaan masih tersimpan pada ruangan storan sehingga data baru ditulis di atasnya. Perisian-perisian ini membantu anda mendapatkan kembali fail yang telah dipadam dengan menggunakan algoritma khusus untuk mengaksesnya kembali.

Berikut merupakan antara perisian yang boleh membantu anda untuk berusaha mendapatkan kembali fail yang dipadam:

Recuva

Recuva

Salah satu perisian daripada pembangun CCleaner, dimana ia menyediakan antaramuka yang mudah difahami oleh ramai pengguna. Anda hanya perlu memulakan Recuva, memilih storan yang ingin dimbas dan jenis fail yang ingin dicari, seterusnya melakukan imbasan untuk fail yang boleh diselamatkan.

PhotoRec

PhotoRdc memfokuskan untuk mendapatkan kembali gambar digital yang hilang atau terpadam tanpa sengaja daripada cakera keras atau sebarang medium – tetapi turut boleh digunakan untuk pelbagai jenis fail lain. PhotoRec ini ditawarkan bukan sahaja untuk Windows, tetapi untuk Linux dan juga OSX.

FreeUndelete

Free Undelete

Dengan konsep yang lebih kurang sama, dan memfokuskan pengguna Windows sahaja adalah satu lagi perisian untuk mencari kembali fail terpadam, iaitu FreeUndelete.

Disk Drill

Satu lagi perisian yang turut membantu bagi tujuan sama adalah Disk Drill untuk Windows. Pengguna boleh lakukan imbasan, dan perisian percuma ini membolehkan anda mencari kembali fail sehingga 1GB melalui versi percuma perisian ini.


Memandangkan semua perisian berfungsi dengan keadaan yang lebih kurang sama, maka ia adalah sesuatu yang penting untuk anda tidak membuat sebarang penulisan data baru (seperti pemasangan perisian baru, merakamkan gambar pada kad-SD, dan sebagainya) untuk memastikan kebarangkalian untuk mendapatkan kembali data terpadam adalah tinggi.

Komen