Telegram Kini Menyokong Sehingga 10,000 Ahli Dalam Kumpulan Permesejan

Telegram Kini Menyokong Sehingga 10,000 Ahli Dalam Kumpulan Permesejan

Diterbitkan pada June 30, 2017 oleh .

Telegram Messenger, salah satu perkhidmatan permesejan pesaing untuk WhatsApp hari ini mengumumkan beberapa kemaskini memfokuskan kepada sokongan Group dalamnya. Kini, melalui Telegram 4.1, ia menyokong supergroup dengan ahli mencapai 10,000 orang setiap satu.

Dengan perubahan ini, Telegram juga kini turut menawarkan beberapa penambahan fungsi dan kawalan untuk para pentadbir kumpulan. Antaranya termasuk kebolehan untuk pada pentadbir untuk menambah pentadbir baru lain dengan kawalan terhad seperti menambah ahli baru, menguruskan permesejan dan sebagainya. Dengan penambahan ramai pentadbir juga, kini Telegram menyertakan log perubahan yang dilakukan oleh setiap pentadbir untuk tempoh sekitar 48 jam lepas.

Disamping itu, kini pentadbir boleh membuat halangan sementara kepada seseorang ahli sekiranya mereka melanggar peraturan yang ditetapkan – berbanding perlu membuang mereka sepenuhnya seperti sebelum ini.

Perubahan baru ini hadir melalui kemaskini Telegram Messenger 4.1 yang mula diperkenalkan hari ini.


TIPS & ULASAN