Gambar Microsoft Surface Mini Yang Dibatalkan Tertiris Di Arena Web

Gambar Microsoft Surface Mini Yang Dibatalkan Tertiris Di Arena Web

Diterbitkan pada July 1, 2017 oleh .

Pada tahun 2014 Microsft dilaporkan akan melancarkan tablet Surface Mini. Walaubagaimanapun ia dibatalkan kerana pasaran tablet yang pada waktu tersebut mula merudum dan terlalu banyak peranti pesaing. Rekaan tablet Windows RT ini akhirnya muncul di laman Windows Central.

Microsoft Surface Mini ialah tablet dengan skrin 8″ beresolusi 1440 x 1080 pixel. Ia diperkasakan pemproses Snapdragon 800 dan RAM sebesar 1 Gigabyte. Seperti Suface Pro, Surface Mini turut mempunyai tongkat pada bahagian belakang. Terdapat slot untuk kad MikroSD dan juga bicu audio. Apakah pendapat anda tentang rekaan tablet mini ini?


TIPS & ULASAN