Xkuty One – Motosikal Elektrik Yang Direka Khas Untuk iPhone

Xkuty One – Motosikal Elektrik Yang Direka Khas Untuk iPhone

Diterbitkan pada July 1, 2017 oleh .

Apple tidak lagi aktif membangunkan kenderaan mereka sendiri. Sebaliknya tumpuan kini diberikan kepada penghasilan perisian untuk kenderaan swapandu. Bagi peminat Apple yang inginkan kenderaan yang direka untuk iPhone, ia kini wujud dalam bentuk motosikal elektrik Xkuty.

Xkuty direka hanya untuk digunakan bersama sebuah iPhone. Peranti berubah menjadi speedometer pada motosikal ini dan melekap pada bahagian stereng. Ia mampu bergerak pada kelajuan maksimum 35 km/j dengan jarak operasi maksimum 97 kilometer. Giroskop pada iPhone ditambat pada Xkuty dan apabila ia mengesan kemalangan, akan terus melakukan panggilan kecemasan bagi pihak penunggang. Ia dijual pada harga 2980 (~RM 14,600) sebuah.


TIPS & ULASAN