Dead or Alive Xtreme VR Membolehkan Pemain Menikmati Bau Dan Percikan Air

Dead or Alive Xtreme VR Membolehkan Pemain Menikmati Bau Dan Percikan Air

Diterbitkan pada July 1, 2017 oleh .

Februari lalu Koei Tecmo memperlihatkan kabinet realiti maya VR Sense mereka. Ia unik kerana bukan sahaja menyokong permainan realiti maya malah mempunyai sokongan hembusan udara, bau dan percikan air. Ia dilancarkan dengan permainan Dynasty Warriors, GI Jockey Sense dan Horror Sense. Mereka kini menambah permainan Dead or Alive Xtreme VR.

Pemain kini bukan sahaja dapat melihat pelbagai watak dan latar dalam bentuk realiti-maya, tetapi juga boleh menikmati percikan air aksi permainan dan bau setiap watak di dalamnya. Buat masa ini kabinet VR Sense hanya boleh ditemui di Jepun.


TIPS & ULASAN