Cari @ Amanz

Samsung akan melancarkan semula Galaxy Note 7 sebagai Samsung Galaxy Note 7 Fan Edition. Ini bukan  lagi misteri dah disahkan oleh mereka pada bulan Mei yang lalu. Hari ini akhirnya Samsung mengesahkan peranti ini dilancarkan secara rasmi pada 7 Julai hadapan.

Note FE

Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 5.7″ AMOLED QHD, Pemproses Exynos 8890, memori sebesar 4 GB RAM dan storan 64 GB. Kamera utama sebesar 12-Megapixel manakala kamera hadapan pula sebesar 5-Megapixel. Perbezaan Note 7 FE dari Note 7 asal ialah bateri kini dikecilkan ke 3200 mAh. Pada waktu yang sama ia turut menggunakan Android 7.1.1. Peranti ini akan dijual pada harga Won 699,600 (~RM 2623).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd