Cari @ Amanz

Oppo R11 Plus dan R11 diperlihatkan secara pada awal bulan Jun yang lalu. Ketika dilancarkan harga peranti ini tidak diumumkan oleh pihak Oppo. Dua hari yang lalu ia akhirnya dijual secara rasmi di China pada harga RMB 3699 (~RM 2343) sebuah.

Oppo R11

Oppo R11 Plus dilengkapi skrin 6″ HD penuh, pemproses  Snapdragon 660, memori 6GB RAM, dan ruangan storan 64GB dengan sokongan kad MikroSD sehingga 256 GB. Sistem dwi-kamera pada bahagian belakang menggabungkan lensa 20-megapixel (f/2.6) dan juga 16-megapixel (f/.7). Penawaran dwi-kamera ini dilengkapi sokongan zoom optikal 2x, dan pemprosesan dilakukan menggunakan Qualcomm Spectra.

Pada bahagian hadapan pula, Oppo R11 menggunakan kamera 20-megapixel f/2.0. Melengkapkan peranti ini juga adalah bateri 4000mAh yang menyokong format pengecasan pantas VOOC melalui port MikroUSB. Sebuah bicu audio 3.5mm disertakan pada bahagian bawah bagi mereka yang masih belum bersedia untuk berhijrah ke kehidupan tanpa wayar. Spesifikasi yang lain adalah sama seperti R11. Kedua-duanya juga menggunakan sistem operasi Android 7.1,1

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd