Cari @ Amanz

Lampu notifikasi bukanlah perkara baru pada peranti mudah alih dan secara peribadi kami mematikannya bagi mengurangkan gangguan ketika tidur. Tetapi terdapat insan yang tidak mahu terlepas notiftikasi pada peranti mereka dan lampu pada peranti adalah terlalu kecil. Untuk golongan minoriti ini, lampu Aumi Mini dihasilkan.

Aumi Mini dipasang terus pada palam elektrik dan berfungsi menggunakan WiFi rumah. Apabila ditambat pada peranti pintar, pengguna boleh menetapkan supaya Aumi Mini menyala apabila peranti menerima notifikasi. Warna lampu untuk notifikasi berbeza boleh ditetapkan.

Selain daripada itu ia turut mempunyai pengesan pergerakan terbina. Ini membolehkannya hidup secara automatik apabila pengguna terbangun pada waktu malam. Lampu pintar ini sedang mengumpul dana menerusi Kickstarter dan boleh dipesan pada harga bermula $20 (~RM86) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd