Cari @ Amanz

Huawei Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran Huawei Y7 Prime untuk pasaran Malaysia, dimana ia akan mula ditawarkan bermula daripada 7 Julai 2017 ini.

Huawei Y7 Prime

Huawei Y7 Prime hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 435, memori 3GB RAM, dan ruangan storan 32GB. Melengkapkan telefon pintar ini adalah kamera belakang 12-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel. Huawei Y7 Prime menggunakan bateri berkapasiti 4000mAh yang menawarkan penggunaan sepanjang hari melaluinya.

Huawei Y7 Prime menggunakan Android 7.0 Nougat dengan antaramuka EMUI 5.1. Di Malaysia, Huawei akan menawarkan dua pilihan warna, iaitu emas dan hitam. Ia berharga RM999 di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd