ThermoReal Membolehkan Pemain Merasa Hawa Panas Dan Sejuk Di Dalam Realiti Maya

ThermoReal Membolehkan Pemain Merasa Hawa Panas Dan Sejuk Di Dalam Realiti Maya

Diterbitkan pada July 3, 2017 oleh .

Dunia realiti maya menipu deria pandangan bagi membolehkan pemain menyelam di dalam dunia digital. Bagi menambahkan lagi sensasi berada di dalam dunia maya, ThermoReal telah dihasilkan oleh firma Tegway. Ia membolehkan pemain merasa hawa panas dan sejuk yang terpapar pada skrin.

Alat termo-elektrik digunakan pada ThermoReal bagi menghasilkan suhu berbeza. Buat masa ini prototaip telah dihasilkan untuk digunakan bersama HTC Vive. Pihak Tegway mempunyai perancangan melesenkan teknologi mereka untuk digunakan pada pengawal permainan konsol, kayu ria penyelaku pesawat dan dipakai pada tubuh. Di masa hadapan permainan video akan menjadi semakin interaktif dan realistik dengan penggunaan teknologi ini.


TIPS & ULASAN