Cari @ Amanz

Bagi anda yang menggunakan komputer Windows 8 dan Windows 10, kini pihak Nirsoft telah memperkenalkan perisian NetworkUsageView, yang mana melaluinya ia memudahkan anda melihat pelbagai informasi yang dikumpulkan oleh komputer anda berkenaan dengan perisian-perisian yang menghantar dan menerima data melalui rangkaian.

Network Usage View

Melalui perisian ini, pengguna boleh melihat berapakah jumlah data yang dihantar dan diterima oleh sesuatu perisian. Ini sekaligus memudahkan anda memantau pelbagai informasi dan data yang dihantar dan diterima melalui rangkaian yang dihubungkan ke komputer berkenaan.

Perisian ini ditawarkan untuk pengguna Windows 8 dan Windows 10 sahaja, dan memerlukan anda menjalankan ia sebagai pentadbir untuk melihat pelbagai informasi pada perisian ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd