Cari @ Amanz

Spider-Man: Homecoming ialah filem yang amat dinantikan peminat adiwira lelabah ini. Ia adalah filem pertama di Spider-Man di dalam dunia MCU. Sempena penayangan filem ini, Spider-Man: Homecoming – Virtual Reality Experience kini boleh dimuat turun percuma oleh pemilik PlayStation VR, Oculus Rift dan HTC Vive

Permainan ini membolehkan pemain menjadi Spider-Man dan menentang The Vulture. Bagi pemilik PlayStation VR, alat kawalan PlayStation Move adalah diperlukan bagi menikmati dunia maya dengan lebih realistik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd