Cari @ Amanz

HP telah memperkenalkan sebuah pencetak mudah-alih yang mudah dibawah nama HP Sprocket pada tahun lepas, dan kini HP Malaysia telah pun membawa masuk pencetak mudah-alih berkenaan untuk pasaran tempatan.

HP Sprocket

HP Sprocket boleh berhubung ke telefon atau tablet melalui Bluetooth, dan pengguna boleh mencetak terus melaluinya. HP Sprocket menggunakan kertas berasaskan ZINK Zero Ink untuk tujuan percetakkan, membolehkan pengguna mencetak tanpa risau mengenai katrij warna.

Pencetak mudah-alih ini turut hadir dengan sebuah aplikasi khusus yang membolehkan pengguna menambah beberapa kesan khas seperti emoji, dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan pencetak mudah-alih HP Sprocket ini melalui Lazada pada harga RM599. Setiap pembelian juga hadir dengan dua pek kertas ZINK untuk percetakkan gambar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd