Pemutar Kegelisahan Dengan Bluetooth Dilaporkan Meletup Ketika Sedang Dicas

Pemutar Kegelisahan Dengan Bluetooth Dilaporkan Meletup Ketika Sedang Dicas

Diterbitkan pada July 3, 2017 oleh .

Kegilaan pemutar kegelisahan sudah mencapai kemuncaknya sejak sebulan yang lalu. Kini terdapat versi yang dilengkapi pembesar suara yang membolehkan muzik dimainkan menerusi tambahan Bluetooth. Di Amerika syarikat sebuah pemutar kegelisahan dengan pembesar suara dilaporkan meletup ketika sedang dicas.

Kejadian berlaku di Michigan Amerika Syarikat. Alat permainan ini meletup ketika sedang dicas. Pemiliknya Michelle Carr berkata beliau terkejut apabila melihat pemutar kegelisahan yang baru dibeli terbakar di atas meja.

Kejadian letupan ini sebenarnya boleh dijangka. Bateri boleh dicas semula yang digunakan tidak tahan hentakan apabila pemutar kegelisahan terjatuh beberapa kali. Apabila ditambah dengan daya sentripetal apabila ia berputar, ia adalah resepi yang terbaik untuk mengakibatkan letupan bateri.


TIPS & ULASAN