Samsung Dilaporkan Membelanjakan $21 Billion Untuk Membuka Kilang Skrin OLED Bagi Memenuhi Keperluan Apple

Samsung Dilaporkan Membelanjakan $21 Billion Untuk Membuka Kilang Skrin OLED Bagi Memenuhi Keperluan Apple

Diterbitkan pada July 3, 2017 oleh .

Pengeluar skrin OLED bagi peranti pintar terbesar di dunia ialah Samsung. Gergasi Korea Selatan ini sudah bertahun menggunakan skrin OLED pada peranti pintar keluaran mereka. Kos penghasilan panel kini semakin murah dan hasilnya permintaan meningkat dengan mendadak. Bagi memenuhi keperluan yang semakin meningkat, Samsung dilaporkan membelanjakan $21 Billion (~RM 90 Billion) untuk membuka kilang OLED baru.

Kilang baru ini bakal beroperasi menjelang 2019 dengan kemampuan menghasilkan 270,000 panel OLED sebulan. Peningkatan kapasiti pengeluaran ini adalah perlu kerana Samsung perlu membekalkan panel OLED untuk kegunaan sendiri dan juga 70 Juta yang dipesan Apple. iPhone 8 yang bakal dilancarkan tahun ini dipercayai menggunakan panel OLED keluaran Apple. Kesemua model iPhone pada tahun 2018 turut dipercayai akan menggunakan OLED sepenuhnya.

Samsung dan Apple mungkin masih bertelagah di mahkamah kerana kes saman rekaan iPhone yang dikatakan dicuri tetapi ini tidak menghalang mereka dari terus mempunyai hubungan perniagaan.


TIPS & ULASAN