Pada hari ini, terdapat beberapa aplikasi tempahan pengangkutan popular untuk ke sesuatu destinasi – termasuk yang popular adalah Grab dan juga Uber. Paling terkini, satu lagi aplikasi baru yang diperkenalkan untuk pengguna di Kuala Lumpur memfokuskan kepada tempahan teksi adalah PickNGo.
PickNGo memfokuskan kepada teksi semata-mata, dimana pengguna boleh menempah teksi bajet, Teks1m, dan juga teksi eksekutif. Pengguna boleh memilih untuk menempah sekarang, atau menjadualkan ia untuk masa kemudian.
Melalui temuramah NST, pembangunnya mengatakan aplikasi ini boleh menghubungkan pengguna kepada sekitar 10,000 pemandu sekitar Kuala Lumpur yang mempunyai lesen dan insurans.
Daripada percubaan ringkas kami, ia dilihat harganya sedikit mahal jikalau dibandingkan dengan Uber atau Grab, selain antaramuka aplikasi yang kurang menarik berbanding dengan aplikasi lain yang seumpamanya.
Apa pun, bagi anda yang ingin mencubanya, boleh memuat-turun aplikasi PickNGo ini untuk Android atau iOS hari ini.
- Muat-Turun PickNGo untuk Android
- Muat-Turun PickNGo untuk iOS