Game Of Thrones Dan Fat Princess Adventures Antara Permainan Percuma PlayStation Plus Untuk Bulan Julai

Diterbitkan pada July 3, 2017. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Senarai permainan percuma untuk bulan Julai bagi pelanggan PlayStation Plus akhirnya diumumkan oleh Sony. Untuk tiga bulan berturut-turut permainan dari Telltale Games disertakan. Kali ini tiba giliran Game of Thrones : The Complete Season adalah antara yang ditawarkan percuma pada PlayStation 4.

Selain daripada itu Fat Princess Adventures versi PlayStation 4 juga ditawarkan bagi yang meminati permainan yang kelihatan seperti sel animasi. Senarai lengkap kesemua permainan yang ditawarkan adalah seperti di bawah. Muat turun boleh dilakukan dari 6 Julai sehingga 2 Ogos 2017.  Akhir sekali bagi yang ingin membeli The Walking Dead Season 2, potongan harga sebanyak 20% turut ditawarkan.

  • Game of Thrones: The Complete Season (PS4)
  • Fat Princess Adventures (PS4)
  • Deception IV: The Nightmare Princess (PS4)
  • Element4l (PS4, PS Vita)
  • Hatoful Boyfriend (PS, PSVita)
  • Eat Them! (PS3)

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami