Sony Menjadualkan Sesuatu Berkaitan PlayStation Di Malaysia Pada 5 Ogos

Sony Menjadualkan Sesuatu Berkaitan PlayStation Di Malaysia Pada 5 Ogos

Diterbitkan pada July 3, 2017 oleh .

Sony hari ini melalui laman PlayStation Asia mengumumkan mereka menjadualkan sesuatu untuk para pengguna tempatan pada 5 Ogos 2017 kelak. Maklumat penuh berkaitan dengannya masih tidak diketahui, dan mungkin dikongsikan pihak Sony secara berperingkat menjelang tarikh berkenaan.

PlayStation 4 KL

Buat masa ini, kebanyakkan produk perkakasan Sony telah sedia ditawarkan untuk pengguna tempatan, dan Sony jarang membuat sebarang pengumuman seperti ini untuk penawaran permainan baru.

Memandangkan tiada sebarang pengumuman baru pada acara E3 2017 tempoh hari, ia sekaligus membawa kepada lebih pertanyaan untuk apakah yang bakal dibawa oleh Sony pada 5 Ogos 2017 kelak. Mungkinkah kita akan melihat acara seumpama PSX diadakan di KL? Atau Sony mempunyai kejutan yang lebih daripada itu?


TIPS & ULASAN