Fungsi Timeline Tidak Akan Disertakan Pada Kemaskini Windows 10 FCU

Fungsi Timeline Tidak Akan Disertakan Pada Kemaskini Windows 10 FCU

Diterbitkan pada July 4, 2017 oleh .

Microsot telah mengumumkan kemaskini Windows 10 Fall Creators Update pada bulan Mei lepas, dan dijangka hadir sekitar September kelak. Ketika pengenalannya, sejumlah ciri-ciri baru telah diperkenalkan bersama, termasuk salah satunya yang dinamakan sebagai Timeline.

Melalui Timeline, pengguna boleh melihat pelbagai fail, laman web dan tugasan yang mereka lakukan sebelum ini mengikut tarikh. Ini sangat berguna untuk tujuan produktiviti di perusahaan atau pendidikan, dimana anda boleh kembali ke dokumen atau apa yang anda sedang lakukan pada sesuatu masa dengan mudah dan pantas.

Walaubagaimanapun, berkongsi mengenainya, wakil Microsoft mengesahkan yang mana ciri ini tidak akan hadir pada kemaskini Windows 10 Fall Creators Update.

Ia dikatakan Microsoft memfokuskan kepada ciri storan awan lebih daripada ciri lain, membuatkan ia ditangguhkan sedikit. Walaubagaimanapun, fungsi ini akan ditawarkan kepada para pengguna Windows Insiders beberapa minggu selepas kemaskini FCU dikeluarkan kepada umum.


TIPS & ULASAN