Misi Solo Ace Combat 7 : Skies Unknown Hanya Sepanjang 5 Jam

Misi Solo Ace Combat 7 : Skies Unknown Hanya Sepanjang 5 Jam

Diterbitkan pada July 4, 2017 oleh .

Ace Combat 7 : Skies Unknown amat dinantikan kemunculannya oleh peminat siri ini selepas bertahun menyepi. Bagi peminat Ace Combat 5 permainan ini bertambah menarik kerana ia adalah kesinambungan dari The Unsung War yang muncul di PlayStation 2 pada tahun 2004. Jalan cerita AC7 berlaku dua puluh tahun selepas AC5. Di dalam temuramah bersama WCCFTECH, Kazutoki Kono yang merupakan ketua projek berkongsi beberapa maklumat mengenai permainan ini.

Sedikit mengecewakan beliau mengesahkan misi solo AC7 hanya sepanjang 4-5 jam. Pada pendapat beliau ini adalah mencukupi kerana setiap misi boleh dimainkan beberapa kali bagi mendapatkan kesemua sasaran yang diberikan.

Beliau juga menambah buat masa ini tiada sokongan HDR akan diberikan tetapi ia dalam perancangan di masa hadapan. Spesifikasi untuk PC pula sedang diperhalusi menerusi data yang dikumpul dari Steam. Bagi peminat tegar yang memiliki flight stick, Kazutoki Kono ingin memberikan sokongan kepada peranti input ini bagi memberikan kenikmatan maksimum terbang di dalam kokpit pesawat. Ace Combat 7 : Skies Unknown akan hadir pada awal 2018.


TIPS & ULASAN