Sony Akan Menamatkan Perkhidmatan TrackID September Ini

Sony Akan Menamatkan Perkhidmatan TrackID September Ini

Diterbitkan pada July 4, 2017 oleh .

Pernah suatu ketika dahulu untuk mengetahui tajuk lagu yang berkumandang di radio ialah dengan mendengar pengumuman DJ. Tetapi kadang kala tiga lagu dipasang serentak dan tajuk lagu tidak diketahui. Oleh itu aplikasi seperti TrackID boleh mengenalpasti lagu yang didengari oleh pengguna dengan pantas.

Aplikasi ini terpasang pada peranti Sony Xperia. Sony walaubagaimanapun akan menghentikan perkhidmatan pengenalan muzik ini bermula 15 September hadapan. Amaran tentang penutupan perkhidmatan muncul di dalam aplikasi sejak semalam. Kesemua carian yang telah dilakukan pengguna tidak boleh dieksport. Sony menyarankan pengguna untuk berpindah ke Shazam sebagai aplikasi alternatif.


TIPS & ULASAN