Cari @ Amanz

Berapa ramai di antara pembaca Amanz yang masih membeli permainan video dalam bentuk fizikal? Kami secara peribadi masih membeli permainan fizikal pada permainan konsol dan pada PC sepenuhnya menerusi STEAM. Dengan sambungan Internet jalur lebar yang semakin meluas, dianggarkan 90% jualan permainan video adalah dalam bentuk digital menjelang 2021.

Ini adalah menurut pandangan IDATE DigiWorld Research yang melakukan kajian bagi pihak pembangun permainan video di Eropah. Jumlah jualan secara digital dijangka meningkat dari €48.1 Billion (~RM 235 Billion) tahun ini ke €73.1 Billion (~RM357 Billion) pada tahun 2021. Ini adalah dipacu oleh kepopularan permua pada peranti pintar dan kelajuan Internet yang akan menjadi semakin pantas.

Buat masa ini di Malaysia kami secara purata kami memerlukan sekitar empat jam untuk memuat turun permainan video. Ini pada hemat kami masih agak perlahan. Sekiranya ia dapat dikurangkan ke sekitar sejam, ia akan menjadikan pembelian digital lebih menjimatkan masa berbanding memandu ke kedai permainan video berhampiran.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd