Apple Menguji Imbasan Wajah 3D Untuk Nyah-Kunci iPhone Akan Datang

Apple Menguji Imbasan Wajah 3D Untuk Nyah-Kunci iPhone Akan Datang

Diterbitkan pada July 4, 2017.

Apple sedang membangunkan sebuah ciri baru untuk nyah-kunci iPhone akan datang, iaitu melalui menggunakan imbasan wajah berbanding menggunakan pengimbas cap jari.

Menurut sumber terdekat, Apple dikatakan sedang menguji sistem sekuriti yang ditambah baik, iaitu menggunakan imbasan wajah untuk log masuk ke peranti, mengesahkan pembayaran, melancarkan aplikasi dan beberapa ciri lain. Ini dijana oleh sebuah sensor 3D yang baru.

Selfie

Teknologi disebalik sensor berkenaan yang turut memainkan peranan penting adalah termasuk kepantasan dan kejituan imbasan. Ia boleh mengimbas wajah pengguna dan nyah-kunci iPhone dalam hanya beberapa milisaat sahaja. Ia dikatakan turut boleh digunakan ketika peranti diletakkan di atas meja, dan bukan hanya memerlukan pengguna membawa membawa iPhone dekat kepada wajah.

Apple dikatakan masih sedang menguji ciri ini, dan berkemungkinan ia tidak hadir pada iPhone baru tahun ini. Apa pun, Apple berhasrat untuk menggantikan TouchID melalui penggunaan ciri baru ini.

Melalui ujian, imbasan wajah menggunakan lebih banyak titik data berbanding dengan imbasan cap jari – sekaligus menjadikan ia lebih selamat berbanding kebiasaan.

Selain Apple, Samsung turut menggunakan kaedah pengesahan biometrik berbeza pada peranti mereka. Pada telefon pintar baru, Samsung turut menyertakan imbasan mata untuk membolehkan pengguna nyah-kunci telefon dan membuat pembayaran dengan imbasan mata. Pengenalan ciri Samsung pada Galaxy S8 menerima beberapa maklumbalas negatif kerana pengguna mampu mengatasinya dengan menggunakan gambar. Untuk sensor 3D Apple pula, ia menggunakan imbasan kedalaman sekali, membuatkan ia sukar ditipu menggunakan cetakan gambar 2D.

Selain daripada ciri ini, Apple turut dikatakan menguji prototaip iPhone yang mengintegrasikan cip khusus untuk memproses tugasan kecerdasan buatan, serta skrin yang memaparkan kandungan pada kadar segar semula tinggi. Melalui penggunaan cip khusus untuk kecerdasan buatan dinamakan Apple Neural Engine, ia secara tidak langsung turut menambah-baik penggunan bateri pada peranti.


TIPS & ULASAN