Netflix Mula Menyokong Sistem Audio Dolby Atmos Dengan Filem Okja

Netflix Mula Menyokong Sistem Audio Dolby Atmos Dengan Filem Okja

Diterbitkan pada July 4, 2017 oleh .

Penstriman video menjadi pilihan insan yang sudah tidak mempunyai masa menonton televisyen. Kandungan kegemaran boleh ditonton mengikut masa terluang peribadi tanpa kekangan waktu tontonan yang ditetapkan stesen TV. Neflix ialah perkhidmatan yang popular dan mereka kini menyokong sistem audio Dolby Atmos.

Kandungan pertama yang menyokong format Dolby Atmos ialah filem Okja yang boleh distrim sejak 28 Jun yang lalu. Sistem audio ini apabila dipadankan dengan sokongan 4K HDR akan memberikan tontonan yang lebih imersif kepada penonton. Selepas Okja, Dolby Atmos turut akan disertakan untuk BLAME!, Death Note, Bright dan Wheelman.

Buat masa ini sistem audio ini hanya disokong pada Xbox One, Xbox One S dan televisyen OLED LG 2017. Sokongan lebih banyak peranti akan diberikan secara berperingkat.


TIPS & ULASAN