Asus Zenfone AR Dengan 8GB RAM Berharga RM3799 Di Malaysia

Asus Zenfone AR Dengan 8GB RAM Berharga RM3799 Di Malaysia

Diterbitkan pada July 4, 2017 oleh .

Asus Malaysia hari ini akan melancarkan telefon pintar dengan teknologi AR Project Tango tersendiri, iaitu Asus Zenfone AR. Apa pun, seperti biasa, peranti berkenaan kini telah mula disenaraikan di Lazada, memperlihatkan harga rasmi tempatan untuk Asus Zenfone AR adalah RM3799.

Asus Zenfone AR

Harga ini mungkin mengejutkan ramai pengguna, tetapi berkemungkinan pihak Asus menyasarkan kepada mereka yang memerlukan teknologi AR melalui Project Tango untuk pembangunan dan beberapa tujuan lain.

Dari segi spesifikasi, Asus Zenfone AR hadir dengan skrin 5.7-inci pada resolusi 2560×1440 pixel, dilengkapi cip Snapdragon 821, memori sehingga 8GB RAM, ruangan storan 128GB, dan bateri berkapasiti 3300mAh.

Peranti ini menggunakan kamera belakang 23-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel. Melengkapkan peranti ini juga adalah sokongan pengecasan pantas, selain integrasi sokongan realiti-maya melaluinya.

Asus Zenfone AR

Pada harga RM3799, adakah anda akan memilih peranti Asus Zenfone AR ini?


TIPS & ULASAN