Kemaskini NVIDIA Terkini Membolehkan Kad Grafik GTX 4XX Dan 5XX Menyokong DirectX12

Kemaskini NVIDIA Terkini Membolehkan Kad Grafik GTX 4XX Dan 5XX Menyokong DirectX12

Diterbitkan pada July 4, 2017 oleh .

Kemaskini perisian NVIDIA yang terbaru hadir dengan beberapa ciri-ciri yang cukup menarik untuk mereka yang masih lagi menggunakan kad grafik NVIDIA GTX siri yang lama, termasuklah kad-kad Fermi siri NVIDIA GTX 4XX dan juga GTX 5XX.

Untuk kad-kad grafik ini, kemaskini terbaru ini (NVIDIA GeForce 384.76 WHQL) memberikan mereka kebolehan untuk menyokong API grafik Microsoft DirectX12, yang sebelum ini hanya disokong oleh kad-kad NVIDIA GTX 6XX dan keatas.

Kemungkinan besar ini adalah cara NVIDIA untuk mengotakan janji mereka bertahun dahulu bahawa kesemua kad-kad grafik mereka, termasuklah yang menggunakan cip pemprosesan Fermi, Kepler dan Maxwell akan menyokong API terbaru tersebut.

Menariknya, kemaskini ini juga membolehkan pengguna-pengguna PC tidak lagi memerlukan CPU Intel Kaby Lake untuk menonton Netflix pada resolusi 4K, tetapi ia hanya akan berkesan apabila anda menggunakan kad grafik NVIDIA Pascal (GTX10XX).

Akan tetapi, terdapat satu kekurangan pada kemaskini perisian ini, terutamanya jika anda gemar bermain permainan komputer Watch Dogs 2. Kemaskini ini akan menyebabkan permainan komputer tersebut terkandas apabila dimulakan.


TIPS & ULASAN