Moto X4 Tertiris – Memperlihatkan Penggunaan Dwi-Kamera, Selain Sokongan Kalis Air

Moto X4 Tertiris – Memperlihatkan Penggunaan Dwi-Kamera, Selain Sokongan Kalis Air

Diterbitkan pada July 5, 2017 oleh .

Lenovo pada tahun ini memfokuskan sepenuhnya kepada pemasaran peranti dibawah keluarga Moto. Mereka telah memperkenalkan beberapa model sebelum ini, dan dijangka memperkenalkan sejumlah lagi dibawah latar pembangunan yang tertiris sebelum ini. Termasuk salah satu model yang tertiris sebelum ini adalah Moto X4.

Moto X4 dijangka hadir pada suku keempat 2017 ini, dan dijangka menyertakan penawaran yang diinginkan ramai melalui sebuah telefon pintar.

Moto X4

Tertiris melalui evleaks, Moto X dikatakan akan menggunakan skrin bersaiz 5.2-inci dan dijana menggunakan cip Snapdragon 630. Melengkapkannya juga adalah penggunaan memori sehingga 4GB RAM serta ruangan storan 64GB yang boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD.

Menariknya mengenai peranti yang dijangka menggunakan rekaan badan logam ini adalah ia turut mungkin menyertakan sokongan kalis air. Selain itu, ia juga akan menyertakan pengimbas cap jari dihadapan – dan menggunakan dwi-kamera pada bahagian belakang.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada Moto X4 ini akan dipasarkan pada peringkat global, atau hanya dibeberapa buah negara terpilih sahaja.


TIPS & ULASAN